Bersama kita boleh mengurangkan komplikasi terhadap COVID-19 dalam kalangan golongan berisiko tinggi yang disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit melalui peningkatan tahap literasi kesihatan.
Dalam webinar ini, Dr Adina Abdullah daripada Universiti Malaya dan Kenneth Low daripada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia membincangkan tahap literasi kesihatan di Malaysia dan cara untuk memperbaikinya.
Bacaan tambahan:
1) Health Literacy and NCDs
2) Bridging Barriers, Building Networks – Health Literacy Initiatives
Profesor Dr Tan Maw Pin daripada Universiti Malaya dan Puan Rosmaliah Alias daripada Hospital Kuala Lumpur menerangkan cara-cara untuk berkomunikasi dengan warga emas.
Bacaan tambahan:
1) Medication Management Tools and Approaches for Low Health Literacy
Bagaimana cara berkomunikasi dengan orang Pekak? Dalam forum ini, Dr Uma Devi Palanisamy menerangkan budaya orang Pekak dan Anthony Chong berkongsi pengalaman orang Pekak dalam mengakses perkhidmatan kesihatan.
Bacaan tambahan:
Tiada had usia untuk kekal sihat dan cergas. Dalam webinar ini, pakar kesihatan membincangkan amalan baik untuk memastikan kesejahteraan dalam tiga aspek - aktiviti fizikal, pemakanan, kesihatan mental dan kognitif.
Bacaan tambahan:
1) Training for Older Adults
2) Minda Sihat Warga Emas
3) Pemakanan Sihat Warga Emas
Apakah jenis vaksin yang ada di Malaysia? Jika saya menghidap penyakit kronik, bolehkah saya mendapatkan vaksin? Adakah saya boleh pilih jenis vaksin yang diterima? Ikuti webinar ini untuk mendapatkan jawapan mengenai vaksin COVID-19 dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Jurubahasa isyarat disediakan.